Posts

Showing posts from March, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL, 26 March 2010

Image
Pada 26.03.2009 SK (LKTP) Keratong 6 telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul. Perarakan di sekeliling kawasan Keratong 6 telah menarik ramai penduduk di kawasan ini. Guru Besar iaitu Encik Karim Bin Basiran turut memeriahkan perarakan Maulidur Rasul dengan berarak bersama-sama warga SK(LKTP) Keratong 6. Pertandingan melukis sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul turut diadakan diantara guru-guru SK(LKTP) Keratong 6. Sambutan Maulidur Rasul ini telah disambut dengan meriah dan turut mengeratkan ikatan silaturahim diantara semua warga SK (LKTP) Keratong 6 dengan penduduk di kawasan ini. Semoga majlis seumpama ini akan diadakan lagi pada masa akan datang. Pemenang Sepanduk Maulidur Rasul. Persembahan guru-guru. Guru-guru bertungkus lumus menyiapkan sepanduk Sambutan Maulidur Rasul. GPK 1, Encik Yahya Bin Taib bergambar kenangan bersama sepanduk Sambutan Maulidur Rasul. Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Guru B

HARI SUKAN SEKOLAH KALI KE-19

Image
Antara Warga SK(LKTP) Keratong 6 Acara Sukan untuk Pra sekolah SK(LKTP) Keratong 6 Antara acara larian yang dijalankan. Hiasan Rumah Sukan Guru Besar SK (LKTP) Keratong 6 bersama Pengurus Felda Keratong Pembarisan Terbaik Johan Perhiasan Rumah tercantik. Pada 11.03.2010 bertempat di padang SK (LKTP) Keratong 6, telah berlangsungnya Hari Kejohanan Sukan SK (LKTP) Keratong 6 kali ke-19. Hari sukan sekolah disambut dengan meriah oleh semua murid dan ibubapa yang hadir pada hari tersebut. Keputusan keseluruhan adalah Rumah Biru mendapat tempat pertama, naib johan Rumah Merah dan tempat ketiga Rumah Kuning. Walaupun Rumah Kuning mendapat tempat ketiga namun, Rumah Kuning berjaya menjadi Johan untuk dua kategori iaitu Perhiasan Rumah Sukan dan Pembarisan. Syabas diucapakan kepada semua warga SK (LKTP) Keratong 6.

KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH SKK6

Image
TAMAN ISPIRASI BANGUNAN SK (LKTP) KERATONG 6 PANDANGAN HADAPAN SEKOLAH PINTU GERBANG SK (LKTP) KERATONG 6

Selamat Pengantin Baru.....

Image
Islamiah (FS) & Azuari ( 20.12.2009) Roha (PA) & Hasnol ( 21.11.09) Mai (PPM PRA) & Helmi (05.12.09) Intan (PPM PK) & Rizal (05.12.09) Puan Nurhazlin Md Ali (05.12.09) Pada tahun 2009, beberapa kakitangan dan guru SK (LKTP) Keratong 6 telah melangsungkan perkahwinan. Di sini, pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada mereka. Semoga dimurahkan rezeki dan berkekalan hingga ke akhir hayat...........

DALAM KENANGAN

Image
Semasa acara memotong kek di majlis perpisahan mereka. Pada 29.01.2010, SK (LKTP) Keratong 6 telah mengadakan jamuan Majlis Perpisahan untuk Cikgu Mat Saad bin Yusoff dan Cikgu Siti Zubaidah Abu Bakar. Kedua-dua guru ini merupakan pasangan suami isteri. Cikgu Mat Saad Yusoff telah berkhidmat di sekolah ini lebih 20 tahun lamanya. Manakala Cikgu Siti Zubaiah Abu Bakar telah berkhidmat di sekolah ini sejak tahun 1997. Mereka telah banyak berjasa terhadap sekolah ini. Cikgu Maat Saad telah ditukarkan ke SK (LKTP) Keratong 4 manakala Cikgu Siti Zubaidah telah bertukar ke SK (LKTP) Keratong 1. Pertukaran kedua-dua guru ini merupakan satu kehilangan yang sangat besar untuk sekolah ini.

Aktiviti Makmal Komputer SK(LKTP) Keratong 6 2009

Image
Pertandingan Lukisa Online Red tone tahun 3 Bengkel ICT 2009 untuk murid tahun 6. Pertandingan Menulis Karangan Online Red Tone 2009 tahun 5 dan 6.

LAGU SEKOLAH-SKK6 KU CINTA

Indah, damai, nyaman, ceria Sekolah Keratong Enam ku cinta Di sini mulanya Di sinilah saatnya Ilmu di gapai bersama Tekun usaha jaya Semat di hati setiap masa Guru memberi, kita menerima Menjadi amalan mulia Demi agama, bangsa, negara Usaha tidak pernah luntur Rukun negara menjadi panduan Capai wawasan 1 Malaysia Janjiku pada ibu dan ayah Rajin belajar ilmu di timba Jasamu guru takkan ku lupa Doa cemerlang selama-lamanya SK Keratong Enam Berjaya Lagi/Lirik: Sani B. Hasan.

NAMA-NAMA GURU BESAR SK(LKTP) KERATONG 6

Image
GURU BESAR SK(LKTP) KERATONG 6 1. ENCIK MAT SEH BIN ABULLAH (1982-1985) 2. ENCIK HAJI ABDUL RAHIM BIN MUHAMMAD (1986-1990) 3.ENCIK M.LOAI BIN M.LOR(1991-1993) 4.ENCIK SHAMSUL BAHAROM BIN AWANG SULONG(1993-1995) 5.ENCK MD.ISMAIL BIN SAMSUDIN(1995) 6.ENCIK MAHMAD REDZUAN BIN ZAINABIDIN( JAN 2007-OGOS 2007) 7. ENCIK BASRI BIN MOHD ZAHIRI(OGOS 2007-NOV 2007) 8. PUAN NORIAH BINTI OSMAN(2007-2008) 9.ENCIK MOHD KARIM BIN BASIRAN(16 DIS 2008 SEHINGGA KINI)

SEJARAH PENUBUHAN

Image
SK(LKTP) Keratong 6 telag di tubuhkan pada tahun 1982. Sekolah ini terletak di daerah Muadzam Shah. Sekolah ini juga merupakan sebuah sekolah di luar bandar dan telah berfungsi selama 28 tahun. Majoriti penduduk di sini merupakan peneroka felda dan murid-murid sekolah ini juga merupakan anak-anak kepada peneroka felda. SK (LKTP) Keratong 6 ini telah dibina atas keluasan kira-kira 6.07 hektar. Pada Tahun 2010, sekolah ini telah mempunyai murid seramai 207 orang murid. Bilangan guru di sekolah ini adalah 27 orang dan mempunyai 5 orang kakitangan sokongan.

MISI DAN VISI SEKOLAH

MOTIVASI SEKOLAH: " SENTIASA DI HADAPAN MENUJU GEMILANG" MISI: KAMI WARGANEGARA SKK6 BERILTIZAM MEMASTIKAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM CEMERLANG, SAHSIAH, DAN DISIPLIN TERPUJI DI PERSITARAN KONDUSIF BERTERASKAN PENTADBIRAN YANG TELUS DENGAN HUBUNGAN KOMUNITI MAPAN. VISI: MENJADIKAN SK(LKTP) KERATONG 6 CEMERLANG PENDIDIKAN DAERAH ROMPIN 2010

SK (LKTP) KERATONG 6, MUADZAM SHAH

Image
MOTO SEKOLAH: "TEKUN USAHA JAYA"