Posts

PROGRAM MERENTAS DESA & SENAMROBIK

Image
Tarikh : 11 Februari 2012 Masa  : 8.30am Rasional Pelajar dapat menguasai setiap kemahiran yang dipelajari didalam setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Matlamat 1. Menguji penguasaan pelajar didalam aktiviti kokurikulum yang telah dipelajari sepanjang tahun 2. Mengesan dan mengcungkil bakat-bakat pelajar yang berpotensi di dalam setiap aktiviti. Objektif 1. Memupuk semangat bersaing dikalangan pelajar 2. Menguji kebolehan dan potensi pelajar dalam sebarang pertandingan. 3. Memupuk semangat ukhuwwah dikalangan semua pelajar 4. Membentuk disiplin diri para pelajar.
Image
PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN MURID TAHUN 6 2012

Selamat Tinggal 2011, Selamat Datang 2012

Selamat tinggal 2011 dengan banyak pengalaman manis pahit yang ditempuh sepanjang tahun setahun blog SK ( LKTP ) Keratong 6 ini tidak ter up date kerana pengendalian telah ditamatkan kontrak, sangat bertuah kerana SK Keratong 6 mempunyai "pembantu makmal komputer yang bagus dan dedikasi membina dan mengupdate aktiviti sepanjang persekolahan. Sekarang Puan Nur Islamiah telah dikurniakan cahaya mata pengikat kasih sayang mereka. Yang pergi telah pergi tetapi yang ada harus dijalankan. SK Keratong 6 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan yang paling manis tahun 2011 ialah peningkatan UPSR 100% dalam matapelajaran BM Kefahaman, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Selamat datang 2012 dengan azam yang lebih baik dan cemerlang. -nurul-

Warga SK (LKTP) Keratong 6 2010

Image
Sebelum sekolah SK (LKTP) Keratong melabuhkan tirai untuk 2010, pihak sekolah telah merakamkan gambar kenangan warga sekolah SK(LKTP) Keratong 6. Gambar ini diambil untuk simpanan sekolah kerana pada tahun hadapan terdapat seorang warga sekolah yang akan berpindah ke sekolah lain iaitu Puan Rozita Binti Saidin. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana dapat bertukat ke Sekolah Rendah Kebangsaan Slim River di Perak.

JAMUAN PENGAWAS SK(LKTP) KERATONG 6 2010

Image
Pada 2 November 2010, bertempat di restoran KFC Segamat, jamuan pengawas sekolah telah diadakan. Jamuan ini diadakan bertujuan untuk menghargai pengawas sekolah dari tahun 6 yang akan menamatkan persekolah di SK (LKTP) Keratong 6 pada tahun ini. Jamuan ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara murid-murid dan guru.

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

Image
Aktiviti senaman bersama guru. Persembahan lakonan dari murid beruniform untuk slot kebudayaan. Guru Besar, Encik Mohd Karim Bin Basiran turut membantu memanggang ayam panggang Gpk 1, Encik Yahaya Bin Taib bersama-sama membantu menyediakan juadah ayam panggang. Pada 13 Oktober 2010 hingga 14 Oktober 2010 bertempat di SK (LKTP) Keratong 6, pihak sekolah telah mengadakan perkhemahan bersepadu unit beruniform pering kat sekolah. Semua murid tahap 2 telah terlibat dalam perkhemahan tersebut. Antara unit beruniform yang terlibat adalah Persatuan Pengakap, Persatuan Puteri Islam, Persatuan Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Semua guru juga telah terlibat sama dalam menjayakan program tersebut. Guru-guru juga telah bertungkus lumus dalam menyediakan makanan untuk murid-murid. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan antaranya pertandingan memasak, slot Iktiar hidup, mencari harta karun dan aktiviti kebudayaan. Melalui program ini ia bertujuan untuk melatih murid berdika

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Image
Guru menyediakan juadah hari raya untuk murid-murid. Murid-murid menikmati juadah hari raya. Persembahan nyanyian lagu raya dari kelas Prasekolah. Persembahan murid tahun 6. Aktiviti mengayam ketupat dan memasukkan beras. Ketupat hasil anyaman warga SK (LKTP) Keratong 6 Encik Halim bertungkus lumus memarut kelapa. Aktiviti memasak kuah lontong. Pada 2 Oktober 2010, bersempena dengan cuti ganti, pihak sekolah telah mengadakan jamuan hari raya peringkat sekolah. Pelagai aktiviti yang telah diadakan untuk memeriahkan suasana sambutan hari raya antaranya menganyam ketupap, memasak kuah lontong, dan menyediakan persembahan murid-murid. Sambutan hari raya ini juga telah disamnut dengan meriah dan tujuan jamuan ini diadakan untuk menjadikan salah satu aktiviti tahunan sekolah. Malah, ia dapat mengeratkan hubungan diantara warga sekolah dan murid-murid semasa aktiviti gotong royong diadakan. Diharapkan pada tahun hadapan, sambutan hari raya akan dis