Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

Aktiviti senaman bersama guru.

Persembahan lakonan dari murid beruniform untuk slot kebudayaan.



Guru Besar, Encik Mohd Karim Bin Basiran turut membantu memanggang ayam panggang



Gpk 1, Encik Yahaya Bin Taib bersama-sama membantu menyediakan juadah ayam panggang.

Pada 13 Oktober 2010 hingga 14 Oktober 2010 bertempat di SK (LKTP) Keratong 6, pihak sekolah telah mengadakan perkhemahan bersepadu unit beruniform pering kat sekolah.
Semua murid tahap 2 telah terlibat dalam perkhemahan tersebut. Antara unit beruniform yang terlibat adalah Persatuan Pengakap, Persatuan Puteri Islam, Persatuan Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Bulan Sabit Merah.
Semua guru juga telah terlibat sama dalam menjayakan program tersebut. Guru-guru juga telah bertungkus lumus dalam menyediakan makanan untuk murid-murid. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan antaranya pertandingan memasak, slot Iktiar hidup, mencari harta karun dan aktiviti kebudayaan.

Melalui program ini ia bertujuan untuk melatih murid berdikari dan dapat bergaul sesama mereka tanpa mengira batasan usia dan bangsa. Selain itu, ia bertujuan melatih murid supaya lebih berdisiplin. diharapkan program sebegini akan terus diadakan pada masa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Warga SK (LKTP) Keratong 6 2010

SEJARAH PENUBUHAN

NAMA-NAMA GURU BESAR SK(LKTP) KERATONG 6