Posts

Showing posts from July, 2010

HARI KELUARGA DI CHERATING BAYVIEW

Image
Antara anak-anak warga SK (LKTP) Keratong 6 mengambil acara meniup belon. Acara membaling gula-gula bersama pasangan suami isteri. Antiviti beriadah bersama anak-anak. Antara warga SK (LKTP) Keratong 6 yang memeriahkan Hari Keluarga SKK6 Acara penyampaian hadiah. Pada 24.07.2010 bertempat di Cherating Bayview Resort, telah berlangsungnya Hari Keluarga warga SK (LKTP) Keratong 6. Tujuan Hari Keluarga ini diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara semua warga SKK6. Pelbagai aktiviti telah dijalankan di sana selama 2 hari 1 malam. Diharapkan dengan program ini dapat memberikan kepuasan berehat kepada guru-guru di SKK6.

PROGRAM SKOR A TAHUN 6

Image
Antara Pelajar tahun 6 yang membuat latihan Skor A. Pada tahun ini, SK (LKTP) Keratong 6 sangat bertuah kerana telah mendapat tajaan dari pihak Felda Keratong untuk memberi peluang kepada pelajar tahun 6 membuat latihan menggunakan Skor A. Program Skor A ini telah dijlankan bermula pada bulan Mac lagi. Program ini dijalankan pada waktu P&P bersama guru dan pada waktu petang iaitu jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Melalui program Skor A ini pelajar tahun 6 dapat membuat latihan dan bersedia dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Diharapkan pelajar tahun 6 pada tahun ini dapat memberikan keputusan UPSR yang lebih baik lagi.