Posts

MENYUARAT PIBG KALI KE-26 TAHUN 2010

Image
Persembahan dari Kelas Pendidikan Khas Persembanhan nyanyian nasyid oleh tahun 6 Pencatat minit: Pn Rohaiyu dan Cik Mastura Tarian dari pelajar tahun 6 Ibubapa yang hadir pada hari Mesyuarat PIBG Encik Karim Bin Basiran, Encik Ezrangee bin Ma'on dan Encik Zainuddin Bin Ibrahim Antara warga SK(LKTP) Keratong 6 Pada 16 hb April 2010, bertempat di dewan SK(LKTP) Keratong 6 telah berlangsungnya Majlis Mesyuarat PIBG kali ke-26. Mesyuarat ini bertujuan untuk melantik ahlijawatankuasa yang baru untuk membantu pihak sekolah bekerjasam dengan ibubapa dalam melaksanakan program sekolah untuk murid-murid di sekolah ini. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Ezrangee Bin Maon. Majlis juga diserikan dengan persembahan oleh pelajar dari kelas Pendidikan Khas, tarian dari kelas tahun 6 dan nyanyian nasyid. Di akhir majlis tersebut, cabutan bertuah telah diadakan. Tahniah kepada mereka yang menerima hadiah cabua bertuah.

AKTIVITI KELAS PENDIDIKAN KHAS.

Image
Guru Pendidikan Khas bertungkus-lumus menyiapkan lukisan di dinding kelas Pendidikan Khas. Aktiviti menceriakan kelas Pendidikan Khas oleh guru-guru Pendidikan Khas Guru-guru pendidikan khas turut bercucuk tanam Aktiviti bercucuk tanam Murid-murid pendidikan khas SK(LKTP) Keratong 6 mempunyai Kelas Pendidikan Khas. Kelas ini mempunyai seramai 11 orang murid dan 6 orang guru. Kelas ini telah membuat aktiviti tanaman sayur-sayuran. Ia bertujuan untuk mengajar murid-murid pendidikan khas berdikari dan tahu bagaimana untuk bercucuk tanam.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL, 26 March 2010

Image
Pada 26.03.2009 SK (LKTP) Keratong 6 telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul. Perarakan di sekeliling kawasan Keratong 6 telah menarik ramai penduduk di kawasan ini. Guru Besar iaitu Encik Karim Bin Basiran turut memeriahkan perarakan Maulidur Rasul dengan berarak bersama-sama warga SK(LKTP) Keratong 6. Pertandingan melukis sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul turut diadakan diantara guru-guru SK(LKTP) Keratong 6. Sambutan Maulidur Rasul ini telah disambut dengan meriah dan turut mengeratkan ikatan silaturahim diantara semua warga SK (LKTP) Keratong 6 dengan penduduk di kawasan ini. Semoga majlis seumpama ini akan diadakan lagi pada masa akan datang. Pemenang Sepanduk Maulidur Rasul. Persembahan guru-guru. Guru-guru bertungkus lumus menyiapkan sepanduk Sambutan Maulidur Rasul. GPK 1, Encik Yahya Bin Taib bergambar kenangan bersama sepanduk Sambutan Maulidur Rasul. Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Guru B...

HARI SUKAN SEKOLAH KALI KE-19

Image
Antara Warga SK(LKTP) Keratong 6 Acara Sukan untuk Pra sekolah SK(LKTP) Keratong 6 Antara acara larian yang dijalankan. Hiasan Rumah Sukan Guru Besar SK (LKTP) Keratong 6 bersama Pengurus Felda Keratong Pembarisan Terbaik Johan Perhiasan Rumah tercantik. Pada 11.03.2010 bertempat di padang SK (LKTP) Keratong 6, telah berlangsungnya Hari Kejohanan Sukan SK (LKTP) Keratong 6 kali ke-19. Hari sukan sekolah disambut dengan meriah oleh semua murid dan ibubapa yang hadir pada hari tersebut. Keputusan keseluruhan adalah Rumah Biru mendapat tempat pertama, naib johan Rumah Merah dan tempat ketiga Rumah Kuning. Walaupun Rumah Kuning mendapat tempat ketiga namun, Rumah Kuning berjaya menjadi Johan untuk dua kategori iaitu Perhiasan Rumah Sukan dan Pembarisan. Syabas diucapakan kepada semua warga SK (LKTP) Keratong 6.

KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH SKK6

Image
TAMAN ISPIRASI BANGUNAN SK (LKTP) KERATONG 6 PANDANGAN HADAPAN SEKOLAH PINTU GERBANG SK (LKTP) KERATONG 6

Selamat Pengantin Baru.....

Image
Islamiah (FS) & Azuari ( 20.12.2009) Roha (PA) & Hasnol ( 21.11.09) Mai (PPM PRA) & Helmi (05.12.09) Intan (PPM PK) & Rizal (05.12.09) Puan Nurhazlin Md Ali (05.12.09) Pada tahun 2009, beberapa kakitangan dan guru SK (LKTP) Keratong 6 telah melangsungkan perkahwinan. Di sini, pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada mereka. Semoga dimurahkan rezeki dan berkekalan hingga ke akhir hayat...........

DALAM KENANGAN

Image
Semasa acara memotong kek di majlis perpisahan mereka. Pada 29.01.2010, SK (LKTP) Keratong 6 telah mengadakan jamuan Majlis Perpisahan untuk Cikgu Mat Saad bin Yusoff dan Cikgu Siti Zubaidah Abu Bakar. Kedua-dua guru ini merupakan pasangan suami isteri. Cikgu Mat Saad Yusoff telah berkhidmat di sekolah ini lebih 20 tahun lamanya. Manakala Cikgu Siti Zubaiah Abu Bakar telah berkhidmat di sekolah ini sejak tahun 1997. Mereka telah banyak berjasa terhadap sekolah ini. Cikgu Maat Saad telah ditukarkan ke SK (LKTP) Keratong 4 manakala Cikgu Siti Zubaidah telah bertukar ke SK (LKTP) Keratong 1. Pertukaran kedua-dua guru ini merupakan satu kehilangan yang sangat besar untuk sekolah ini.