Posts

PROGRAM ASAS KEMAHIRAN FIZIKAL PEND JASMANI & KESIHATAN PRASEKOLAH KELOMPOK BANDAR TUN RAZAK & CHANIS 2010

Image
Antara acara sukan yang diadakan. Murid Pra sekolah SK (LKTP) Keratong 6 brsama guru Puan Rozita Saidin dan Puan Sarina binti Zakariah Penyampaian hadiah oleh Guru Besar SKK6. Murid Pra sekolah berehat di khemah dan ditemani oleh guru Pra sekolah. Acara merebut gula-gula Pada 29 Jun 2010, bertempat di padang SK (LKTP) Keratong 6, telah berlangsungnya acara Prasekolah kelompok. Proram ini telah mengumpulkan hampir 13 buah pra sekolah. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Hassan in Ahmad iaitu Penyelia Prasekolah Daerah Rompin. Pelbagai acara sukan telah diaadakan bagi meningkatkan daya fizikal murid pra sekolah. Objektif dari aktiviti ini adalah bagi memberi murid memahami dan merasai sendiri permainan berkumpulan yang melibatkan integrasi kaum. Ia juga bagi memupuk dan keyakinan melalui permainan. Matlamat dari program ini pula adalah mewujudkan hubungan mesra dikalangan murid-murid dan menghargai nilai persahabat.

Hari Guru Peringkat Sekolah...

Image
Uacapan oleh Guru Besar, Encik Mohd Karin bin Basiran. Bacaaan Ikrar oleh semua warga guru. Acara nyanyian lagu tema Hari Guru Acara futsal oleh guru wanita. Acara bola jaring antara guru lelaki. Team Guru Lelaki Team Guru Wanita Antara persembahan pelajar. Persembahan oleh guru-guru. Acara pertukaran hadiah. Pada 17 Mei 2010, SK (LKTP) Keratong 6 telah menyambut Hari Guru PPeringkat sekolah. Walaupun Hari Guru disambut lewat tetapi sambutan tetap meriah. Tema pada tahun ini adalah " Guru Pembina Negara Bangsa". Pada hari itu juga, telah diadakan acara sukan iaiti di mana guru wanita bermain futsal dan guru lelaki bermain bola jaring. Pelbagai aksi guru telah menghiburkan murid-murid sekolah SK (LKTP) Keratong 6. Selain itu juga persembahan pelajar juga turut diadakan. Acara di akhiri dengan pertukaran hadiah dengan cara cbutan nama. Syabas kepada semua guru SK(LKTP) Keratong 6 kerana telah menjayakan sambutan tersebut dan Selamat Hari Guru...('',)

MENYUARAT PIBG KALI KE-26 TAHUN 2010

Image
Persembahan dari Kelas Pendidikan Khas Persembanhan nyanyian nasyid oleh tahun 6 Pencatat minit: Pn Rohaiyu dan Cik Mastura Tarian dari pelajar tahun 6 Ibubapa yang hadir pada hari Mesyuarat PIBG Encik Karim Bin Basiran, Encik Ezrangee bin Ma'on dan Encik Zainuddin Bin Ibrahim Antara warga SK(LKTP) Keratong 6 Pada 16 hb April 2010, bertempat di dewan SK(LKTP) Keratong 6 telah berlangsungnya Majlis Mesyuarat PIBG kali ke-26. Mesyuarat ini bertujuan untuk melantik ahlijawatankuasa yang baru untuk membantu pihak sekolah bekerjasam dengan ibubapa dalam melaksanakan program sekolah untuk murid-murid di sekolah ini. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Ezrangee Bin Maon. Majlis juga diserikan dengan persembahan oleh pelajar dari kelas Pendidikan Khas, tarian dari kelas tahun 6 dan nyanyian nasyid. Di akhir majlis tersebut, cabutan bertuah telah diadakan. Tahniah kepada mereka yang menerima hadiah cabua bertuah.

AKTIVITI KELAS PENDIDIKAN KHAS.

Image
Guru Pendidikan Khas bertungkus-lumus menyiapkan lukisan di dinding kelas Pendidikan Khas. Aktiviti menceriakan kelas Pendidikan Khas oleh guru-guru Pendidikan Khas Guru-guru pendidikan khas turut bercucuk tanam Aktiviti bercucuk tanam Murid-murid pendidikan khas SK(LKTP) Keratong 6 mempunyai Kelas Pendidikan Khas. Kelas ini mempunyai seramai 11 orang murid dan 6 orang guru. Kelas ini telah membuat aktiviti tanaman sayur-sayuran. Ia bertujuan untuk mengajar murid-murid pendidikan khas berdikari dan tahu bagaimana untuk bercucuk tanam.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL, 26 March 2010

Image
Pada 26.03.2009 SK (LKTP) Keratong 6 telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul. Perarakan di sekeliling kawasan Keratong 6 telah menarik ramai penduduk di kawasan ini. Guru Besar iaitu Encik Karim Bin Basiran turut memeriahkan perarakan Maulidur Rasul dengan berarak bersama-sama warga SK(LKTP) Keratong 6. Pertandingan melukis sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul turut diadakan diantara guru-guru SK(LKTP) Keratong 6. Sambutan Maulidur Rasul ini telah disambut dengan meriah dan turut mengeratkan ikatan silaturahim diantara semua warga SK (LKTP) Keratong 6 dengan penduduk di kawasan ini. Semoga majlis seumpama ini akan diadakan lagi pada masa akan datang. Pemenang Sepanduk Maulidur Rasul. Persembahan guru-guru. Guru-guru bertungkus lumus menyiapkan sepanduk Sambutan Maulidur Rasul. GPK 1, Encik Yahya Bin Taib bergambar kenangan bersama sepanduk Sambutan Maulidur Rasul. Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Guru B...

HARI SUKAN SEKOLAH KALI KE-19

Image
Antara Warga SK(LKTP) Keratong 6 Acara Sukan untuk Pra sekolah SK(LKTP) Keratong 6 Antara acara larian yang dijalankan. Hiasan Rumah Sukan Guru Besar SK (LKTP) Keratong 6 bersama Pengurus Felda Keratong Pembarisan Terbaik Johan Perhiasan Rumah tercantik. Pada 11.03.2010 bertempat di padang SK (LKTP) Keratong 6, telah berlangsungnya Hari Kejohanan Sukan SK (LKTP) Keratong 6 kali ke-19. Hari sukan sekolah disambut dengan meriah oleh semua murid dan ibubapa yang hadir pada hari tersebut. Keputusan keseluruhan adalah Rumah Biru mendapat tempat pertama, naib johan Rumah Merah dan tempat ketiga Rumah Kuning. Walaupun Rumah Kuning mendapat tempat ketiga namun, Rumah Kuning berjaya menjadi Johan untuk dua kategori iaitu Perhiasan Rumah Sukan dan Pembarisan. Syabas diucapakan kepada semua warga SK (LKTP) Keratong 6.

KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH SKK6

Image
TAMAN ISPIRASI BANGUNAN SK (LKTP) KERATONG 6 PANDANGAN HADAPAN SEKOLAH PINTU GERBANG SK (LKTP) KERATONG 6