Posts

PEPERIKSAAN UPSR

Syabas diucapkan kepada semua murid-murid tahun 6 kerana telah selesai menjalani eperiksaan UPSR pada 21 hb September 2010 sehingga 23 hb September 2010. Selama 3 hari murid-murid tahun 6 menjalani peperiksaan UPSR dan mereka juga telah diberi tips-tips yang berguna oleh guru tahun 6 sebelum menjawab soalan peperiksaan. Tahniah juga diucapkan kepada semua guru-guru tahun 6 kerana telah bekerja keras dan bersungguh-sungguh dalam memastikan murid-murid taun 6 mencapai keputusan yang cemerlang. Diharapkan tahun ini dapat meningkatkan lagi prestasi pencapaian peperiksaan UPSR.

SALAM RAMADHAM

Pada 11 hb Ogos 2010, seluruh umat islam menyambut bulan ramadham. Sempena bulan puasa ini, pihak sekolah telah mengadakan aktivi tazkirah pada setiap hari di mana setiap guru harus memberikan ceramah kepada murid-murid di SK (LKTP) Keratong 6. Program ini bertujuan untuk memberikan sedikit ilmu pengetahuan kepada murid-murid mengenai hikmah berpuasa. Program ini dilakukan sepanjang bulan puasa dari jam 7.40 pagi sehingga 8.00 pagi. Diharapkan dengan adanya proram ini murid-murid di sekolah ini serta warga SK (LKTP) Keratong 6 dapat menjalani ibadat puasa dengan lebih manfaat dan bermakna. Selamat Berpuasa..

HARI KELUARGA DI CHERATING BAYVIEW

Image
Antara anak-anak warga SK (LKTP) Keratong 6 mengambil acara meniup belon. Acara membaling gula-gula bersama pasangan suami isteri. Antiviti beriadah bersama anak-anak. Antara warga SK (LKTP) Keratong 6 yang memeriahkan Hari Keluarga SKK6 Acara penyampaian hadiah. Pada 24.07.2010 bertempat di Cherating Bayview Resort, telah berlangsungnya Hari Keluarga warga SK (LKTP) Keratong 6. Tujuan Hari Keluarga ini diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara semua warga SKK6. Pelbagai aktiviti telah dijalankan di sana selama 2 hari 1 malam. Diharapkan dengan program ini dapat memberikan kepuasan berehat kepada guru-guru di SKK6.

PROGRAM SKOR A TAHUN 6

Image
Antara Pelajar tahun 6 yang membuat latihan Skor A. Pada tahun ini, SK (LKTP) Keratong 6 sangat bertuah kerana telah mendapat tajaan dari pihak Felda Keratong untuk memberi peluang kepada pelajar tahun 6 membuat latihan menggunakan Skor A. Program Skor A ini telah dijlankan bermula pada bulan Mac lagi. Program ini dijalankan pada waktu P&P bersama guru dan pada waktu petang iaitu jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Melalui program Skor A ini pelajar tahun 6 dapat membuat latihan dan bersedia dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Diharapkan pelajar tahun 6 pada tahun ini dapat memberikan keputusan UPSR yang lebih baik lagi.

PROGRAM ASAS KEMAHIRAN FIZIKAL PEND JASMANI & KESIHATAN PRASEKOLAH KELOMPOK BANDAR TUN RAZAK & CHANIS 2010

Image
Antara acara sukan yang diadakan. Murid Pra sekolah SK (LKTP) Keratong 6 brsama guru Puan Rozita Saidin dan Puan Sarina binti Zakariah Penyampaian hadiah oleh Guru Besar SKK6. Murid Pra sekolah berehat di khemah dan ditemani oleh guru Pra sekolah. Acara merebut gula-gula Pada 29 Jun 2010, bertempat di padang SK (LKTP) Keratong 6, telah berlangsungnya acara Prasekolah kelompok. Proram ini telah mengumpulkan hampir 13 buah pra sekolah. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Hassan in Ahmad iaitu Penyelia Prasekolah Daerah Rompin. Pelbagai acara sukan telah diaadakan bagi meningkatkan daya fizikal murid pra sekolah. Objektif dari aktiviti ini adalah bagi memberi murid memahami dan merasai sendiri permainan berkumpulan yang melibatkan integrasi kaum. Ia juga bagi memupuk dan keyakinan melalui permainan. Matlamat dari program ini pula adalah mewujudkan hubungan mesra dikalangan murid-murid dan menghargai nilai persahabat.

Hari Guru Peringkat Sekolah...

Image
Uacapan oleh Guru Besar, Encik Mohd Karin bin Basiran. Bacaaan Ikrar oleh semua warga guru. Acara nyanyian lagu tema Hari Guru Acara futsal oleh guru wanita. Acara bola jaring antara guru lelaki. Team Guru Lelaki Team Guru Wanita Antara persembahan pelajar. Persembahan oleh guru-guru. Acara pertukaran hadiah. Pada 17 Mei 2010, SK (LKTP) Keratong 6 telah menyambut Hari Guru PPeringkat sekolah. Walaupun Hari Guru disambut lewat tetapi sambutan tetap meriah. Tema pada tahun ini adalah " Guru Pembina Negara Bangsa". Pada hari itu juga, telah diadakan acara sukan iaiti di mana guru wanita bermain futsal dan guru lelaki bermain bola jaring. Pelbagai aksi guru telah menghiburkan murid-murid sekolah SK (LKTP) Keratong 6. Selain itu juga persembahan pelajar juga turut diadakan. Acara di akhiri dengan pertukaran hadiah dengan cara cbutan nama. Syabas kepada semua guru SK(LKTP) Keratong 6 kerana telah menjayakan sambutan tersebut dan Selamat Hari Guru...('',)

MENYUARAT PIBG KALI KE-26 TAHUN 2010

Image
Persembahan dari Kelas Pendidikan Khas Persembanhan nyanyian nasyid oleh tahun 6 Pencatat minit: Pn Rohaiyu dan Cik Mastura Tarian dari pelajar tahun 6 Ibubapa yang hadir pada hari Mesyuarat PIBG Encik Karim Bin Basiran, Encik Ezrangee bin Ma'on dan Encik Zainuddin Bin Ibrahim Antara warga SK(LKTP) Keratong 6 Pada 16 hb April 2010, bertempat di dewan SK(LKTP) Keratong 6 telah berlangsungnya Majlis Mesyuarat PIBG kali ke-26. Mesyuarat ini bertujuan untuk melantik ahlijawatankuasa yang baru untuk membantu pihak sekolah bekerjasam dengan ibubapa dalam melaksanakan program sekolah untuk murid-murid di sekolah ini. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Ezrangee Bin Maon. Majlis juga diserikan dengan persembahan oleh pelajar dari kelas Pendidikan Khas, tarian dari kelas tahun 6 dan nyanyian nasyid. Di akhir majlis tersebut, cabutan bertuah telah diadakan. Tahniah kepada mereka yang menerima hadiah cabua bertuah.